Tuesday, July 19, 2011

[Health] Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening














Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Keadaan kekurangan air berterusan juga boleh mengundang bahaya yang tidak dijangka, seperti hipovolemik yang berlaku apabila jumlah darah yang dipam ke organ berkurangan dan mengakibatkan oksigen yang sampai ke organ dan tisu badan tidak mencukupi.

Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

Malah, otak juga boleh menjadi bengkak. Biasanya air yang hilang dari badan mengandungi garam galian dan untuk menggantikannya, badan terpaksa menghasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.

Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.




















Sikap tidak suka minum air juga sebenarnya menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, kerana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).

Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

Demam juga akan menyebabkan kita kehilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.
















Doktor sering berpesan & menasihati kita untuk minum 8 gelas sehari. Itu adalah minimum untuk keperluan tubuh. Untuk menjaga kesihatan & kecantikan tubuh badan pada hari ini & masa hadapan, kita wajib meminum 8 gelas air yang berkualiti sehari.

Air yang berkualiti ini semestinya mampu menyahkan asid dari tubuh badan, melancarkan peredaran darah, menyembuhkan sel-sel yang telah mati, membekalkan oksigen yang mencukupi pada otak dan membantu merawat penyakit merbahaya di zaman ini.



Disini kami membekal anda air berkualiti yang difomularkan khas untuk menangani masalah kesihatan pada masa kini, insyallah. Kami menyarankan anda dapatkan 2 botol EVPi-Water sehari untuk anda kekal sihat & cantik.

Ingin membeli sekotak EVPi-Water SMS [Nama][Lokasi] ke 016 3247920

5 comments:

  1. i want drink now,, :)

    ReplyDelete
  2. Ya Azeanthy, kekurangan air juga boleh melemahkan otak kita daripada berfungsi dengan baik, kerana airlah agen utama membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh otak. Air yang banyak oksigen diibaratkan seperti kita berada di dalam hutan yang udaranya penuh segar dan nyaman.

    ReplyDelete
  3. bolehkah ev pi hilangkan rasa mengantuk saya? kerja saya menulis dan membaca skrip

    ReplyDelete
  4. Insyallah boleh, kerana ia membekalkan oksigen yg cukup untuk otak kita. Otak kita yg kekurangan oksigen telah memberikan signal mengantuk & letih kpd tubuhn badan kita.

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati.....

created by sox_vocter