Monday, July 11, 2011

[Health] TANDA-TANDA AWAL KANSER

Kanser boleh menyerang sesiapa jua tanpa amaran yang jelas. Berapa ramai rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia akibat kanser ? Kanser telah dikenalpasti sebagai TOP 3 Common Critical Illness di kalangan rakyat Malaysia. Agak sukar untuk kita mengesan sel-sel kanser yang merebak di dalam badan kita. Kebanyakan daripada kita gagal untuk mengesan lebih awal kanser yang dihidapi kerana kekurangan pengetahuan dan sikap tidak ambil peduli tanda-tanda atau simptom yang telah wujud.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1. Makanan
2. Alkohol
3. Sinaran cahaya matahari
4. Pengambilan ubat
5. Perokok yang tidak aktif
6. Tembakau (Rokok)
7. Radiasi
8. Pekerjaan
9. Pencemaran Air dan Udara
10. Keturunan



Tanda-tanda awal kanser

(1) Kanser Pangkal Rahim (Cervical Cancer)
- Sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa.
- Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser Payudara (Breast Cancer)
- Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan.
- Berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser Usus Besar (Colon Cancer)
- Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan.
- Sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser Paru-paru (Lung Cancer)
- Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser Perut
- Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser Limpa
- Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser Ovari
- Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser Otak
- Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser Prostat
- Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser Darah (Leukimia)
- Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser Tekak
- Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


Pencegahan & Penyembuhan Sentiasa Ada Alternatifnya ...

Ingin membeli sekotak EVPi-WaterSMS [Nama][Lokasi] ke 016 3247920




KESIMPULAN :
Kanser boleh menyerang sesiapa jua tanpa amaran yang jelas. Berapa ramai rakyat Malaysia yang telah meninggal dunia akibat kanser ? Kanser telah dikenalpasti sebagai TOP 3 Common Critical Illness di kalangan rakyat Malaysia. Agak sukar untuk kita mengesan sel-sel kanser yang merebak di dalam badan kita. Kebanyakan daripada kita gagal untuk mengesan lebih awal kanser yang dihidapi kerana kekurangan pengetahuan dan sikap tidak ambil peduli tanda-tanda atau simptom yang telah wujud.

2 comments:

  1. hehek..bahaye tol dunia skang ~

    ReplyDelete
  2. Kebanyakkan berpunca dari pemakanan kita, utk menghindarinya sila makan makanan berkhasiat & sebelum makan jgn lupa baca bismillah & berdoa agak makanan yg kita makan memberi kebaikan, bukannya mudarat...

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati.....

created by sox_vocter