Friday, August 12, 2011

[Health] Kesihatan Sepanjang Hayat Kita



Untuk sihat sepanjang hayat, terdapat lima perkara yang penting iaitu, melakukan aktiviti fizikal dengan kata lain mengeluarkan peluh, kedua makan secara sihat iaitu mengikut saranan piramid makanan Malaysia, bijak menangani tekanan, sentiasa mendapat keperluan air yang sempurna dan tidak merokok. Tetapi untuk entry kali ini, lebih menekankan aktiviti fizikal untuk kekal sihat dan cergas walaupun dibulan puasa. Biasalah, kita akan cuti dari bersenam bila masuk bulan puasa....

Konsisten melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal adalah pergerakan anggota badan dan menggunakan tenaga. Aktiviti ini mampu memberi kesihatan dengan adanya pengeluaran toksin melalui peluh. Toksin adalah punca segala penyakit & salah satu cara yang berkesan untuk menyahkannya adalah dengan bersenam. Ia adalah asas untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. Juga mampu memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Selain itu aktiviti ini mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang disebabkan gaya hidup yang semakin kompleks dan pemakanan kurang sihat.

Penyakit berisiko

-Osteoporosis
-Jantung koronari
-Darah tinggi
-Diabetes
-Strok atau angin ahmar
-Obesiti atau kegemukan
-Penyakit sendi atai arthritis


Manfaat kecergasan fizikal:



1. Membina daya ketahanan otot dan kardiovaskular
Contoh aktiviti ialah seperti aerobik, berenang, bersukan, berbasikal, berjalan laju dan sebagainya. Ia menjadikan tubuh badan lebih bertenaga. Manfaat utamanya ialah membantu sistem tubuh badan seperti jantung, paru-paru, dapat beroperasi dengan sempurna dan melancarkan perjalanan aliran darah.

2. Membina kekuatan dan daya tahan otot
Membantu tulang dan otot kekal kuat.
Memperbaiki postur badan.
Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis dan contoh aktiviti yang sesuai ialah menaiki tangga, mengangkat dan membawa barang-barang, senaman tekan tubi dan senaman bangun tubi.

3. Membina kelenturan (fleksibiliti)
Membantu pergerakan badan
Merehatkan otot-otot
Memudahkan pergerakan sendi
Contoh senaman regangan, mencuci lantai, dan yoga.

Anda telah nampak bukan, akan kelebihan melakukan aktiviti fizikal & apa kaitanya dengan proses penting pembuangan sisa toksin dari tubuh badan kita. EVPi-Water juga membekalkan tenaga segera kepada anda supaya anda mampu melakukan aktiviti fizikal dalam masa yang panjang. Selain itu, ia juga mampu menyahkan sisa-sisa toksin dalam tubuh badan kita, supaya sentiasa dapat mengekalkan kesihatan kita, insayallah. Untuk mengakalkan kecergasan & tenaga sepanjang bulan puasa ini, mari dapatkan EVPi-Water anda hari ini... Klik disini


Wednesday, August 10, 2011

[Admin] Doa Mohon Murah Rezeki


Marilah kita sama-sama membaca doa murah rezeki ini ketika kita sedang berpuasa dibulan Ramadhan. Semoga Allah memberikan & memberkati rezeki kita. Kemurahan rezeki yang dipohon tidak terarah kepada harta benda sahaja, malah lebih meluas lagi pengertiannya.... meliputi rezeki mendapat sahabat yang setia, isteri yang solehah, suami yang bertanggungjawab, anak yang soleh solehah & bermacam-macam lagi, semoga kita semua kaya di dunia ini & kaya di akhirat nanti. Amin


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


Tuesday, August 2, 2011

[Health] Apa Itu Toksin Dalam Tubuh Badan Kita ?


"Selamat berpuasa di Bulan Ramadhan" kami ucapkan, di bulan puasa yang penuh barakah ini, selain dari kita meningkatkan amalan kebaikan, amalan puasa juga sebenarnya telah membersihkan tubuh badan kita dari sisa-sisa toksin dalam tubuh kita. Amalan wajib tersebut telah memberi peluang sistem pemproses makanan untuk berehat selama sebulan dan membersihkannya dari segala sisa setelah setahun lamanya ia digunakan secara maksimum.

Secara kebiasaan toksin hadir dari cara pemakanan kita, tubuh manusia akan mengaktifkan suatu proses yang diketahui sebagai metabolisme untuk menyediakan darah baru dan sel-sel baru. Apabila kita menelan makanan melalui kerongkong, makanan tersebut akan dicerna oleh perut dan usus kecil. Bahagian yang mengandung zat-zat yang bermanfaat akan tetap berada dalam tubuh, sementara sisa-sisanya akan dibuang.

Sebahagian sisa-sisa makanan tidak dapat melalui dinding-dinding perut dan usus sehingga hal tersebut menjadikan keadaan sama dengan endapan kotoran di bahagian dalam sistem perpaipan. Sisa-sisa makanan tersebut akan tetap berada dalam tubuh kita, dan ditambah lagi dengan adanya lipatan yang berlainan ukuran pada dinding usus. Sisa-sisa makanan tersebut akan menjadi kotoran yang tersumbat di dalam usus.

Jika kotoran dibiarkan di situ terlalu lama, maka akan terjadi proses fermentasi yang berlebihan, sehingga bakteria  kompleks akan menjadi berlipat ganda di dalam usus dan akan mengeluarkan unsur-unsur bertoksin. Bakteria kompleks akan bekerja lagi lebih giat tanpa kita sadari. Akibatnya tubuh kita akan menderita berbagai penyakit dan rasa tidak selesa yang tidak diketahui penyebabnya.

Pencemaran udara dan air juga menyebabkan berbagai masalah. Asap cerobong dari kilang, asap hitam dari kendaraan bermotor, gas masak serta air paip berklorin akan menambah kandungan toksin di dalam tubuh kita. Demikian juga kebiasaan merokok dan meminum minuman keras.

Apa lagi bila ditambah dengan rasa stress dan berbagai emosi negatif, seperti terkejut, benci, marah, dengki, dan sebagainya, kelenjar akan menghasilkan hormon-hormon dan fermentasi yang menjadikan tubuh kita lebih tegang. Menurut statistik, 70% dari masalah-masalah penyakit kanser disebabkan oleh ketegangan.

Sebahagian sisa makanan bertoksin ini akan dibuang melalui ginjal, usus, dan rahim atau dikeluarkan melalui keringat. Namun masih terdapat banyak unsur bertoksin yang tertinggal serta melekat kuat pada sel, organ tubuh, kelenjar, urat nadi, pembuluh vena, dan beredar dalam darah. Unsur-unsur bertoksin tersebut tidak mudah untuk dibuang.

Para doktor berpendapat bahwa penyebab utama timbulnya penyakit adalah unsur bertoksin yang termendap, bukan kuman asing yang berbahaya. Bakteria dan pathogen hanya akan mempengaruhi kita apabila terlalu banyak kotoran di dalam tubuh kita yang menyebabkan kita lemah dan tidak berdaya untuk melawannya.


Kini sempena kita berpuasa dibulan Rahmadan, mari kita sama-sama menjaga pemakanan kita, supaya perut kita boleh benar-benar berehat dan kita mampu untuk menyahkan segala toksin dalam tubuh kita. Kami juga ade promotions hebat untuk membantu membuang toksin selama sebulan (bermula 22 Julai ~ 22 Ogos 2011). Untuk maklumat lanjut sila klik disini

Anda juga mungkin meminati.....

created by sox_vocter