Wednesday, August 10, 2011

[Admin] Doa Mohon Murah Rezeki


Marilah kita sama-sama membaca doa murah rezeki ini ketika kita sedang berpuasa dibulan Ramadhan. Semoga Allah memberikan & memberkati rezeki kita. Kemurahan rezeki yang dipohon tidak terarah kepada harta benda sahaja, malah lebih meluas lagi pengertiannya.... meliputi rezeki mendapat sahabat yang setia, isteri yang solehah, suami yang bertanggungjawab, anak yang soleh solehah & bermacam-macam lagi, semoga kita semua kaya di dunia ini & kaya di akhirat nanti. Amin


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati.....

created by sox_vocter