Friday, August 12, 2011

[Health] Kesihatan Sepanjang Hayat Kita



Untuk sihat sepanjang hayat, terdapat lima perkara yang penting iaitu, melakukan aktiviti fizikal dengan kata lain mengeluarkan peluh, kedua makan secara sihat iaitu mengikut saranan piramid makanan Malaysia, bijak menangani tekanan, sentiasa mendapat keperluan air yang sempurna dan tidak merokok. Tetapi untuk entry kali ini, lebih menekankan aktiviti fizikal untuk kekal sihat dan cergas walaupun dibulan puasa. Biasalah, kita akan cuti dari bersenam bila masuk bulan puasa....

Konsisten melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal adalah pergerakan anggota badan dan menggunakan tenaga. Aktiviti ini mampu memberi kesihatan dengan adanya pengeluaran toksin melalui peluh. Toksin adalah punca segala penyakit & salah satu cara yang berkesan untuk menyahkannya adalah dengan bersenam. Ia adalah asas untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan. Juga mampu memberi kecergasan fizikal dan kecerdasan mental. Selain itu aktiviti ini mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit yang disebabkan gaya hidup yang semakin kompleks dan pemakanan kurang sihat.

Penyakit berisiko

-Osteoporosis
-Jantung koronari
-Darah tinggi
-Diabetes
-Strok atau angin ahmar
-Obesiti atau kegemukan
-Penyakit sendi atai arthritis


Manfaat kecergasan fizikal:



1. Membina daya ketahanan otot dan kardiovaskular
Contoh aktiviti ialah seperti aerobik, berenang, bersukan, berbasikal, berjalan laju dan sebagainya. Ia menjadikan tubuh badan lebih bertenaga. Manfaat utamanya ialah membantu sistem tubuh badan seperti jantung, paru-paru, dapat beroperasi dengan sempurna dan melancarkan perjalanan aliran darah.

2. Membina kekuatan dan daya tahan otot
Membantu tulang dan otot kekal kuat.
Memperbaiki postur badan.
Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis dan contoh aktiviti yang sesuai ialah menaiki tangga, mengangkat dan membawa barang-barang, senaman tekan tubi dan senaman bangun tubi.

3. Membina kelenturan (fleksibiliti)
Membantu pergerakan badan
Merehatkan otot-otot
Memudahkan pergerakan sendi
Contoh senaman regangan, mencuci lantai, dan yoga.

Anda telah nampak bukan, akan kelebihan melakukan aktiviti fizikal & apa kaitanya dengan proses penting pembuangan sisa toksin dari tubuh badan kita. EVPi-Water juga membekalkan tenaga segera kepada anda supaya anda mampu melakukan aktiviti fizikal dalam masa yang panjang. Selain itu, ia juga mampu menyahkan sisa-sisa toksin dalam tubuh badan kita, supaya sentiasa dapat mengekalkan kesihatan kita, insayallah. Untuk mengakalkan kecergasan & tenaga sepanjang bulan puasa ini, mari dapatkan EVPi-Water anda hari ini... Klik disini


No comments:

Post a Comment

Anda juga mungkin meminati.....

created by sox_vocter