Monday, October 10, 2011

[Health] Berat badan meningkat ? Kaedah "KeDaJeMa" ?


Berat badan meningkat ??? Ia telah menjadi satu gejala yang membimbangkan, malah sering menjadi perbualan ramai. Peningkatan berat badan menjadi satu ancaman kepada kita amnya rakyat Malaysia kerana peratusan penduduk negara ini mengalami obesiti makin meningkat saban tahun. Ini belum lagi mengambil kira peningkatan berat badan di kalangan kanak-kanak, hasil pemakanan dan cara hidup tidak sihat. Semuanya jika diselidik bermula dari rumah dan cara didikan ibu bapa.

Bukan berat badan menjadi permasalahan utama, tetapi lebih kepada penyakit mengundang bahaya yang boleh meragut nyawa seperti penyakit jantung, kencing manis, kolesterol tinggi dan buah pinggang. Jika masalah berat badan sudah melarat... kita baru tersedar dan mengajukan soalan bagaimana semua ini bermula? Sedar atau tidak, segala-galanya bermula dengan pemahaman mengenai apakah ia kecergasan dan kepentingannya dalam kehidupan harian.

Kecergasan adalah keadaan individu yang mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti fizikal dengan penggunaan tenaga yang minimum tanpa rasa lesu serta lebihan tenaga bagi kegiatan riadah dan kecemasan. Kecergasan ini merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan kerohanian. Pelbagai sistem dan kaedah boleh digunakan untuk mencapai kecergasan antaranya kaedah "KeDaJeMa" yang sesuai diaplikasikan sebelum kita mula bersenam. Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan kaedah "KeDaJeMa" ini;



Ke - Kekerapan
Senaman boleh dilakukan setiap hari namun digalak melakukannya selang sehari. Tetapkan pada peringkat permulaan untuk melakukan senaman minimum empat hari seminggu.

Da - Daya Tahan
Daya tahan jantung atau kadar degupan jantung yang sesuai untuk melakukan senaman dengan kiraan seperti berikut 220 tolak umur. Untuk membakar kalori dengan berkesan dan menjaga kesihatan jantung cari kadar jantung seminit di antara 60 hingga 90 bpm daripada hasil penolakan dengan umur anda tadi.

Je - Jenis
Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan untuk dijadikan sebagai objektif seperti pengurangan berat badan, meningkatkan stamina dan membentuk otot yang mantap dan menarik.

Ma - Masa
Digalak melakukan senaman lebih daripada 30 minit. Ini kerana tubuh hanya akan menggunakan simpanan tenaga daripada badan seperti lemak apabila kita melakukan senaman lebih dari 20 minit, mengikut kadar degupan jantung.

Selepas kita menetapkan sistem ini mengikut kehendak dan kemampuan diri sendiri, langkah seterusnya yang perlu diambil adalah memahami empat asas senaman.

1. Senaman untuk sistem kardiovaskular (jantung) seperti berjalan, berjoging, berenang, berbasikal atau menari.

2. Latihan kekuatan untuk kekalkan keanjalan dan kemantapan otot serta membantu pergerakan sendi. Senaman seperti mengangkat bebanan (dumbell) yang dilakukan dengan teknik angkatan yang betul.

3. Senaman kelembutan yang dilakukan sebelum dan selepas setiap kali bersenam untuk persediaan fizikal dan mental serta mengelak risiko kecederaan.

4. Senaman teras badan untuk mengekalkan kekuatan tengah badan iaitu di perut, belakang dan sisi.

Empat bahagian asas senaman ini boleh dilakukan secara berasingan atau bersama dalam satu sesi senaman. Paling penting adalah kepelbagaian dalam senaman serta teknik tepat.



Perancangan yang sesuai dan teratur dapat membantu mencapai apa yang diimpikan. Kita bukan sahaja dapat menghindar dari obesiti, malah akan sentiasa kelak cergas & bertenaga.
Adakah anda mahu terhindar dari obesiti? Pernahkah anda merasa benar-benar cergas & sangat bertenaga dalam kehidupan seharian? JIka anda sentiasa bersenam atau melakukan aktiviti fizikal dan mengamalkam tips yang telah diberikan, insyallah anda akan berpuas hati dengan hasilnya... Kecergasan yang sejati akan memberikan semangat & keyakinan yang tinggi dan juga meningkatkan fungsi otak untuk berfikir.

Kami di juga membekalkan anda EVPi-Water yang mampu menyah toksin dalam badan untuk kesihatan dan memberikan tenaga segera supaya anda bersemangat untuk melakukan aktiviti fizikal serta ia berfungsi melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan kita. Semoga anda kelak cergas seperti "Dik Cerdas" & sentiasa bersemangat seperti "Actions Khame" setelah mencuba mengamalkan tips-tips yang diberikan [(:]. Untuk pengetahuan anda produk EVPi-Water kami ini telah ada testimoni untuk menurunkan berat badan.

Untuk mendapatkan produk terbaik kami sila klik disini.

1 comment:

  1. Интим! проститутки Киев левый берег

    Красивая черноволосая соблазнительница. Умею не только творить чудеса в постели, но и просто люблю создавать приятную обстановку, которая не к чему не обязывает. Милый в цену за часик входит секс и минетик. Об остальных услугах можешь узнать позвонив мне…. Мировые проблемы американцев не волнуют. Главный их девиз - "Смотри на вещи просто!" И никакой вселенской скорби!

    ReplyDelete

Anda juga mungkin meminati.....

created by sox_vocter